OGOS 2022

Contohi Piagam Madinah Dalam Mentadbir Masyarakat - Abg. Jo


LIMBANG, 3 Ogos 2022 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari bin Tun Abang Haji Openg hadir merasmikan Surau Darul Ehsan Tun Datuk Abang Haji Openg petang ini tadi. 

Ketika berucap dalam majlis berkenaan, Abang Johari berkata dalam mentadbir masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Sarawak, Piagam Madinah  dapat dijadikan 

asas kepada pentadbiran Sarawak berintegriti dan adil kepada rakyatnya mampu menjadikan Sarawak wilayah maju. 

Dengan mengambil contoh masyarakat  di Sarawak, masyarakat di negeri ini dapat hidup rukun damai tanpa sebarang permasalahan. 

Hadir sama di majlis perasmian petang ini adalah YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak;  Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak, YB Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak , YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Il Malaysia, dan YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah I (Pemodenan Pertanian).

Sumber dari : Sarawakku